Telefilem Sepahtu Kisah Tauladan di Astro Ria


Sinopsis telefilem Sepahtu Kisah Tauladan. Mengisahkan Jep, ketua budak nakal di kampung. Suatu hari di bulan Ramadan, seperti biasa Jep melakukan kenakalan dan telah melanggar seorang lelaki tua dan menyebabkan lelaki tua itu cedera parah. Sewaktu sedang nazak, lelaki tua itu berpesan dan meminta Jep berubah menjadi insan baik.

Video SKTauladan

Kemudian lelaki tua itu hilang dari pandangan Jep dan Jep mula kaget. Selepas peristiwa itu, Jep bertekad untuk menjadi lebih baik dan secara sukarela menjaga kebajikan di sebuah surau dengan kebenaran Imam Shuib. Bagaimanapun, perubahan sikap Jep menyebabkan ahli-ahli kumpulannya marah dan membuat fitnah serta melakukan sabotaj sehingga Jep dibenci penduduk kampung.

Jep nekad membuktikan dia tidak bersalah dan mengatur strategi untuk mengenakan geng nakal itu kembali. Usahanya membuahkan kejayaan dan Jep akhirnya menjadi kebanggaan masyarakat kampung dan dijadikan contoh tauladan.

Lakonan Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Amira Othman, Zul HandyBlack. Tayangan pada 18 Jun 2016, semalam.. alahai den telepas la pulak. Bersiaran di Astro Ria dan Ria HD.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar