Amar Amyra, tunang 22 Julai, Nikah 11 November ini

Tarikh Tunang dan Nikah

"Hasil restu keluarga masing masing, kami mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun ini. Majlis persandingan di sebelah Amyra akan diadakan sehari selepas acara pernikahan. Seterusnya pada 19 November, majlis bertandang sebelah saya pula dilangsungkan," kata Amar sambil memberitahu majlis merisik diadakan pada Aidiladha tahun lalu.

Spekulasi status hubungan pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, berakhir apabila mereka mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan pada 22 Julai ini. Kedua-duanya turut memaklumkan bakal disatukan sebagai pasangan suami-isteri pada 11 November depan.

Majlis pertunangan Amar dan Amyra bagaimanapun bakal diadakan secara tertutup dengan hanya membabitkan anggota keluarga terdekat. Malah, lokasi majlis perkahwinan juga belum dapat diumumkan kerana masih tiada kata putus berhubung perkara itu.

Mereka membuat pengumuman berkenaan pada majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana, di sini sebentar tadi. Sebelum ini, pasangan kekasih itu beberapa kali digosipkan bertunang dan dikatakan merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, cerita berkenaan dinafikan kedua-duanya. Amar begitupun tidak menafikan, Amyra antara pelakon wanita paling rapat dengannya memandangkan mereka berada di bawah pengurusan sama.

Kekerapan kedua-duanya berlakon bersama selain gambar menunjukkan kemesraan yang dimuatnaik di laman sosial menguatkan lagi dakwaan Amar dan Amyra bercinta. Namun begitu, sebelum ini mereka memilih untuk tidak mengesahkan hubungan terbabit.

Sebelum ini, kedua-duanya pernah digandingkan menerusi beberapa drama seperti Cik Bunga dan Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja dan juga teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. - BHarian

Info lakonan terbaru Amyra akan berlakon dalam drama Isteri Tuan Ihsan yang akan bersiaran di Astro.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar