Azrel bukan kekasih Ruhainies


Beliau berkata, tanggapan berkenaan tercetus mungkin kerana kenyataannya yang seakan melindungi Ruhainies, yang berdepan isu intim dengan Datuk Seri Adnan Abu. "Sebagai kawan rapat, saya harap Ruhainies terus fokus kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang.

Pelakon, Azrel Ismail, terkejut apabila namanya terpalit kontroversi video babak mesra Ruhainies dengan suami Adira, apabila ada yang beranggapan beliau adalah kekasih aktres terbabit.

Katanya, mereka hanya rakan baik selepas kerap bergandingan sejak membintangi drama berjudul Si Montel, tahun lalu hingga kembali disatukan menerusi Menantu Tintong, yang kini disiarkan di TV3.

Dia kena lebih berhati-hati dan waspada dengan hal yang tidak terduga," katanya yang kini melunaskan penggambaran drama Lelaki Macam Dia. Dalam perkembangan lain, Azrel memaklumkan impian berlakon di sisi idolanya, Remy Ishak, juga bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi menerusi filem arahan Kabir Bhatia berjudul Pulang.

"Jika tiada aral melintang kami akan terbang ke Liverpool pada September depan untuk menjalani penggambaran filem berkenaan. Saya difahamkan Juliana Evans memegang watak heroin.

"Ini kali pertama saya berpeluang berlakon dengan Remy. Teruja pastinya kerana impian saya untuk bergandingan dengannya menjadi kenyataan," katanya yang mempunyai wajah mirip aktor berkenaan. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar