Beri Penjelasan Elak Fitnah


"Cuma berilah ruang dan masa untuk Adi menjelaskan perkara sebenar, " katanya kepada. Ustaz Zul diminta mengulas isu pernikahan kedua lelaki yang dikatakan Adi, dengan wanita yang difahamkan seorang pegawai kerajaan berusia 33 tahun, baru-baru ini.

Masyarakat perlu memberi ruang dan peluang kepada pelakon Adi Putra menjelaskan gosip dirinya berkahwin untuk kali kedua, yang heboh diperkatakan netizen, sejak beberapa hari lalu. Penceramah selebriti Ustaz Zul Ramli berkata, sebagai selebriti, Adi perlu memberi penjelasan supaya tidak timbul sebarang fitnah.

Gambar lelaki seiras Adi menjalani upacara akad nikah itu disiarkan sebuah portal hiburan. Ini dikatakan perkahwinan ketiga wanita terbabit, yang turut mempunyai seorang cahaya mata daripada perkahwinan lalu. Sehingga hari ini, Adi tidak memberi sebarang komen berhubung perkara terbabit. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar