Drama Bagaikan Kelip-Kelip di Azalea TV9


Sinopsis drama Bagaikan Kelip-Kelip, mengisahkan Salina, gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies).

Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya.

Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman. Namun, malang tidak diduga.. Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara.

Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya.

Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya?

Lakonan Aishah Azman, Shah Jazle, Ruhainies, Nur Alis, Ben Amir, Idzham Ismail, Amyza Aznan, Razak Ahmad dan juga Esma Danial. Drama terbitan OrangeTree production Sdn Bhd yang diarahkan Nizam Zakaria.

Sebuah drama terbaharu 20 episod, Bagaikan Kelip-Kelip bakal bersiaran mulai 19 Julai 2016 setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9, saluran 119.

+ comments + 1 comments

8 November 2016 3:05 PTG

crita ni kt tv9 pun ada jgk ke?biasa tgk kt tv3 je pkul 2 ptg..stiap isnin-khamis

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar