Drama Biar Aku Jadi Penunggu lakonan Janna dan Ashraf

Ashraf Janna

Sinopsis drama Biar Aku Jadi Penunggu, Iffat Hamani dan Muhammad Afeef Adwan merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi dan mereka setuju untuk berkahwin atas kepentingan masing-masing selain berani memperjudikan masa depan sendiri demi kebahagiaan orang tersayang.

Iffat menaruh harapan tinggi agar ada sinar kebahagian selepas berkahwin dan cita-cita mereka tercapai. Dia percaya dengan janji yang diberi oleh Afeef kerana yakin atas persahabatan mereka. Dia tetap setia menunggu walaupun sedar hatinya sedang dilukai.

Afeef bahagia dengan apa yang dimiliki kerana hajatnya telah tercapai. Terlalu leka dengan apa yang ada sehingga lupa akan seseorang yang setia menanti janjinya dulu walaupun tidak pernah dituntut.

Lakonan Janna nick (Iffat), Ashraf muslim (Afeef), Octovia Menrose (Damia hani), Shah iskandar (Fazree), Miera lyana (Hayati), Azah azmi (Afia), Lan siro (Lokman), Mahmod Ali bashah (Dato Azman), Wilma Mohamad (Datin Maimon). Terbitan Saphire Screen dan diarahkan oleh Michael Ang.

Nantikan kemunculan drama Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi dari novel hasil nukilan Arsha ini di Slot Akasia TV3.

+ comments + 2 comments

14 Oktober 2016 6:56 PTG

saya boleh jadi drama terbaik untuk kita semua...btw ashraff still handsome..right..hahaahahahah

24 November 2016 3:46 PTG

bila nak ditayangkan????

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar