Drama Cinta Masam Manis di Akasia TV3


Terbaru di Slot Akasia TV3, drama Cinta Masam Manis yang akan bersiaran 29hb September 2016. Drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahakan oleh Eoon Shuhaini.

Lagu tema/latar drama Hingga Ke Jannah - KRU, Bukan Waktunya - Astrid, Yang Terbaik - Marsha, Linangan Terakhir - Forteen, Kau - Mojo, My Crush - #Tag, Tidak Pernah Berjumpa - Forteen, Unfollow Hatiku - Ziabella, Hingga Akhir Waktu - Naff, Sesuatu Yang Tak Mungkin - Ziabella, Hanya Dirimu - Sofazr, Wanita - KRU, 8 Hari Seminggu - Syuga, Ku Bukan Aku - Tilu, Maaf - Sir, Sampai Jannah - Farah Farhanah, Citarasa Perempuan - Qasri, Waktunya Kembali - Nano Band, Penghibur Jalanan - Amir Jahari, Dasyat - Mojo, Seindah Mimpi - Jaclyn Victor, Jangan Bandingkan Aku - Masweera, Entah Apa Rasa - Sissy Imann ft. Eyza Bahra, Lalala - Syed Syamin, Sisa Kasihmu - Syed Shamin, Cinta Mati - Kleo Band, Mungkin Kamu - Sissy Iman, Belenggu - Syed Shamin, Masih Perlu - Tasha Manshahar, Tak Ada Cinta Sepertimu - Siti Nordiana, Mungkin Kamu - Sissy Iman, Jauh - Hani & Zue.

Maaf guys.. link vid xde kat sini, google dh bg warning. Backup here

Sinopsis drama, mengisahkan Hisham seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. Zaleha adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.

Apabila Hisham memperkenalkan Zaleha kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Zaleha hanya mengejar kekayaan ayahnya. Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.

Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Zaleha, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Zaleha dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Hisham. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Hisham dan Zaleha.

Lakonan Zamarul Hisham, Izara Aishah, Shah Jaszle, Faradhiya, Ery Putra, Sweet Farhana, Wan Nur Azlin, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Liza Abdullah, Ku Faridah. Idea asal, Raja Azidah, skrip Shuhadatul Ain Zakaria, pengarah Eoon Shuhaini dan terbitan Orangetree Production.

Saksikan drama Cinta Masam Manis yang akan mula ditayangkan pada 29 September ini setiap hari Isnin hingga Khamis di Akasia TV3.

+ comments + 8 comments

24 Ogos 2016 3:42 PTG

Dua hal negatif cerira ini adalah pertama tiada penyelesaian kes ugutan oleh pengugut Azmi dan kedua cerita ini paparkan masalah yang simple tetapi memaparkan kebodohan pemikiran... Wang adalah segalanya dalam cerita ini.

21 September 2016 9:37 PTG

citer cinta masam manis ni bukan sampai 28 episode ke ....

8 Oktober 2016 6:55 PTG

Kalo anda tak suka jangan tengok..kalo mulut tak boleh keluarkan perkataan yg elok baik diam..

13 Oktober 2016 8:12 PTG

saya setuju.watak si azmi telah dilupakan.. tiada ending.

20 Oktober 2016 9:22 PG

Cerita asal cinta masam manis ni dri novel k? Klaw dri novel, novel ape yea?

21 Oktober 2016 11:17 PG

Tertanya2 kesudahan Si Azmi tue sbb mcm tak puas hati lak dia tak kena tangkap polis. Masalah percintaan yg kebudak-budakan. Terlalu percaya dengan kata2 org lain dan mata yg melihat. Tapi jalan cerita penuh emosi suka duka geram marah. Watak2 dalam nie sume menjadi.. Good job!

27 Oktober 2016 8:02 PTG

suka tengok crita.yg x bes dr segi bab ugut mengugut.rasanya sudah sampai masa pengarah malaysia mencari penyelesaian ugut mengugut ni. watak semua bijak tp tidak digarap dgn baik menampakkan "sketsa ugut mengugut" menjadi watak yg dipaparkan tidak bijak.
faham ke faham??mestila faham kan???

3 November 2016 8:30 PTG

Sapa tau lagu yg lirik brbunyi... "cinta ku istimewa" ??? Dlm drama ni. Mohon bantu

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar