Drama Jejak Karmila di Zehra TV3


Akan datang drama Jejak Karmila di slot Zehra TV3. Merupakan drama dari adaptasi novel hasil nukilan Nilam Syapina. Drama hasil terbitan Zeel Production dan diarahakan oleh Murali Abdullah.

Para Pelakon

Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Amy Mastura, Azri Iskandar, Asyraf Aley, Fauziah Nawi, Ben Ali, Afiq Anuar, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Tasha Muhamad, Wan Sharmila, Duerra Mitilda, Adriana Fareesha, Amanda Misbun, Rais Hazlin, Wawa Jasni

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Sinopsis

Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.

Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.

Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara. Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal.

Nantikan drama Jejak Karmila setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar