Drama Menantu Ting Tong di Dahlia TV3

Azrel Ruhainies

Sinopsis drama Menantu Ting Tong, mengisahkan Marsha yang terlalu rimas apabila diarahkan untuk bergaya macam-macam stail. Sudahnya dia pula yang marah dan meleteri 'Director Photography' dan barisan juri yang tak habis-habis mengarahkannya.

Marsha memperkenalkan Julia kepada mummynya. Julia adalah bekas senior kolej yang rapat dengannya dulu dan merupakan anak Dato Tarmizi. Bila dengan anak Dato, mulalah Puan Rozie terdetik untuk kenalkan Julia dengan Mikail. Marsha memikirkan bagaimanakah teknik untuk membuatkan Mikail jatuh cinta dengan Julia sebab bukan mudah untuk abangnya itu sukakan seseorang wanita.

Marsha meluru datang menuduh Luqman lelaki penipu yang ingin pukau wanita untuk ambil kesempatan. Julia terkejut, sangkanya Luqman adalah Mikail, Luqman terpinga-pinga dan minta pnejelasan sebaliknya dia dipukul bertalu-talu dengan handbag oleh Marsha dan Julia. Luqman terpaksa melarikan diri. Luqman tiba di pejabat dalam keadaan yang serabai membuatkan semua staf kehairanan.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Lakonan Azrel Ismail, Nur Ruhainies, Mitilda, Ben Amir, Amyza Aznan, Tash Yong, Aleza Shadan, Zarina Zainuddin, Arriff Sumbu, Ain Sufia, Amai Kamarudin, Zulkifli Mohd Salleh. Diterbitan Enuja Production Sdn Bhd, arahan Nazir Jamaluddin dan skrip Eja Lorena.

Nantikan drama Menantu Ting Tong bermula pada 15 Julai 2016, bersiaran Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di saluran 103, TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar