Drama Pergilah Air Mata di TV1

Nelydia

Drama Pergilah Air Mata mengisahkan Sabrina dibawakan oleh Nelydia Senrose, seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (lakonan Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan.

Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina? Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26

Lakonan Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim, Mustafa Kamal dan Nadia Mustafa.

Saksikan drama Pergilah Air Mata bermula 10 Julai ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam di TV1.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar