Drama Umairah lakonan Lufya dan Amar Asyraf

Lufya Amar

Drama Umairah akan bersiaran di slot Samarinda TV3, dijangka pada bulan Septembar / Oktober ini. Pelakon Lufya Omar dan Amar Ashraf dipilih sebagai pelakon utama. Drama diterbitan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd, diarahkan Along Kamaludin dan nukilan skrip Eja Lorena.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15

Sinopsis Umairah.


Drama ini mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global.

Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma.

Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

Bersiaran sebanyak 15 episod, pelakon lain yang membintangi drama Umairah seperti Shah Iskandar, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shiqin kamal, Shah Sulaiman, Octovia Manrose, Kodi Rasheed, Baby Sofea dan ramai lagi.

+ comments + 12 comments

2 November 2016 12:04 PTG

best jugak cite ni

17 November 2016 2:01 PG

Apa jadi dengan shahrizal nanti. Kesian pulak. Dah lah dapat tengok 2 jam lepas waktu siaran di Malaysia. Admin bagi hinttttttt. Pleasee. 😢

20 November 2016 3:51 PTG

ini baru ceritaaa

22 November 2016 10:52 PTG

Tak sepatutnya terjadi perkahwinan shahrizal dgn umairah.... kerana mereka adik beradik.... tambah pulak sampai umairah mengandung..?????

22 November 2016 11:22 PTG

rs nya sharizal ni anak dato jalal...dia pergunakan Sharizal utk bls dendam dia pd dato amir... dato jalal ngan sapa tah pcik yg bagi tau kisah maryam pd andy tu dlu ada taruh hati dkt maryam tapi maryam suka dato amir...

22 November 2016 11:41 PTG

Saya xrasa diorg adik beradik.. myb dato jalal adalah dalang..
myb sharizal anak dato jalal.. tunggu je la smpi last episode

23 November 2016 12:15 PTG

saya pun rasa sharizal bukan anak dato amir

23 November 2016 11:56 PTG

Anak datok amir.kalau dia anak dato jalal mcm mn boleh mak dia nasihat dia.mak dia kena rogol dan hilang cakap bila....?lepas kn rogolkan dan dia blk bawak result 5A upsr. Umor dia12 taun kan.x kan dato jalal rogol terus dpt anak12 taun.. fikirkan. Mmg diorg x perihatin waktu wat cerita ni.apa pun gua layan gak. Utk penerbit berhati hati wat cita.ANDAI ANDAIANKU BENAR BELAKA

24 November 2016 10:32 PG

@sesumoji 1991 AKU RASA YG NIE ADA LOGIKNYA. TAPI EPISOD 14 dato jalal bg tau tu anak dia. hahaha. kantoilah. klakr pulak mcm mne dia boleh kne rogol tapi kluar ank dlu balik 5A dgn result upsr.

24 November 2016 1:59 PTG

isshh..dr pengamatan saya, memang rizal anak dato jalal..dia kena rogol tu sblm dia dpt rizal..
lepas rizal 12 tahun..baru dia kena rogol beramai2 dn jd tak sihat...

30 November 2016 11:25 PG

sedih la ending citer ni.. tapi ni baru cerita, ending tak dapat di baca. along kamaluddin memang terbaik. lama la along tak berlakun rindu lakonan dia.. memang selalu best

30 November 2016 1:30 PTG

Drama ni satu-satunya drama melayu yg aku tak boleh forecast the ending.. bnykkan drama2 berkualiti storyline mcm ni..bru semangat nak tgk drama melayu. sekian.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar