Qari Jr Akhir pada Ahad ini


Pentas akhir Qari Jr musim kelima akan bersiaran pada 17 Julai ini, jam 9 malam di TV3. Pada musim ini, juara akan membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 daripada TV3, pakej umrah (tajaan Almas Beauty & Health) dan baucar tunai RM900 (tajaan Ana Muslim Sdn Bhd).

Pada peringkat separuh akhir disiarkan pada 3 Julai lalu, nasib nyata kurang menyebelahi adik Nur Ain Syadiah, 11 tahun, apabila dirinya tersingkir menerusi rancangan yang mengetengahkan tema Cinta Rasul.

Kini, saingan merebut gelaran juara digalas lima peserta yang masih meneruskan perjuangan iaitu Hana Batrisyia, Ahmad Naufal, Sofea Humairah, Wan Ahmad Nur Firas dan Danish Farhan. Episod separuh akhir lalu turut diserikan dengan ucapan pembukaan istimewa daripada Habib Ali Zaenal Abidin, nyanyian oleh Lah Ahmad dan penampilan bintang realiti, Mawi, yang memberi kata-kata semangat serta inspirasi buat peserta.

Pada peringkat berkenaan, peserta bukan saja diuji untuk menghafaz dan menyambung ayat dibacakan oleh juri, mereka turut diberikan cabaran kedua iaitu mengikuti bacaan Ustaz Nik Azizan baik dari segi lenggok, suara dan taranum bagi surah At-Tin.

Bagi meningkatkan lagi cabaran musim ini, setiap peserta diuji dengan pemilihan ayat daripada 30 juzuk al-Quran, bukan lagi tidak terhad kepada juz Amma. Setiap peserta juga perlu memberi kefahaman mengenai ayat yang dibaca.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar