Remy rasa selesa naik LRT

Rumi

"Saya bukannya gila hendakkan peminat datang kepada saya dan bergambar. Saya cuma berasa selesa menaiki kenderaan awam seperti LRT. Begitupun saya mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan diri tidak dikenali.

Lakonan terbarunya dalam drama Rumi dan Jawi yang sedang sekarang ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD.

Pelakon Remy Ishak tidak pernah berniat untuk menarik perhatian orang ramai apabila bertindak menaiki kenderaan awam. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 34, berkata sejak keretanya dicuri Mac lalu, beliau selesa menaiki kenderaan awam, namun tahu cara-cara untuk menyorokkan wajah agar tidak dikenali.

"Tetapi, kalau peminat perasan, saya meletakkan jari di mulut sebagai tanda meminta dia agar tidak bercakap. Kemudian saya akan ke tempat peminat berkenaan dan 'berselfie' bersamanya.

"Namun begitu, saya tidaklah selalu menaiki kenderaan awam. Kadang kala ada juga rakan atau pengurus yang menumpangkan saya ke sesuatu lokasi," katanya.

Mac lalu, Remy kehilangan kereta kesayangannya, Mitsubishi Triton, yang dilarikan di Seri Kembangan, dekat sini. Insiden itu berlaku dalam hanya beberapa minit ketika beliau sedang membeli ais di sebuah kedai serba guna.

Sehingga kini, kereta berkenaan belum dijumpai. Menurut Remy, beliau belum bersedia untuk membeli kereta baharu, sebaliknya selesa dengan keadaan sekarang. Sementara itu, Remy memberitahu beliau bakal melancarkan produk lulur badan di bawah jenamanya sendiri.

"Idea ini tercetus ketika berada di set penggambaran lagi. Apatah lagi ketika di bawah cahaya matahari terik. "Jadi kita perlukan produk yang boleh menyejukkan badan di mana tubuh kita memerlukan mineral asli selain pengambilan makanan tambahan.

"Untuk produk ini, saya memilih inti pati daripada mineral garam gunung yang boleh menyejukkan badan kita," katanya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar