Ruhainies beri penjelasan


"Kalau ditanya sama ada saya bersedia untuk jadi isteri ketiga atau keempat, jawapannya adalah tidak. Saya seorang yang sangat cemburu. Dulu sewaktu ada teman lelaki, sama memang tidak suka apabila dia keluar dengan perempuan lain.

Pelakon, Ruhainies, tidak berminat untuk hidup bermadu atau menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Kenyataan berkenaan dikeluarkan bintang drama bersiri, Menantu Tin Tong, itu ketika mengulas isu kontroversi foto dan video yang memaparkan dirinya keluar dengan suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu, seperti tersebar di alam maya, beberapa hari lalu.

Menurut pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini, beliau enggan berkongsi kasih kerana dirinya seorang yang sangat cemburu.

"Lagipun, ibu dan bapa saya pasti takkan membenarkan saya hidup bermadu," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 di sini malam tadi.

Sambil mengakui terkejut dengan kenyataan berani mati Adnan atau Datuk Red yang menyukai dirinya dan mahu menjadikannya sebagai isteri ketiga seperti disiarkan BH Online, kelmarin, Ruhainies menegaskan beliau tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap lelaki itu.

Ketika mengulas kesediaannya untuk keluar dengan lelaki terbabit pula, Ruhainies berkata, semua itu hanyalah atas urusan kerja. "Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak keluar berdua-duaan, sebaliknya ditemani pembantu dan adik saya.

Begitupun takkanlah orang nak rakam gambar mereka? "Berkenaan kejadian rangkul pinggang itu, saya tak rasa dia ada buat begitu. Kalau ada, tentu saya tepis. Lagipun, kejadian itu berlaku di tempat awam. Takkanlah saya nak membenarkan perkara itu berlaku di khalayak ramai?" katanya.

Terdahulu, Adnan dan Ruhainies pernah bekerjasama bagi menjayakan video promosi raya untuk syarikat beliau. Meskipun dihambat kontroversi yang mampu menjejaskan maruah dan kerjaya lakonannya, Ruhainies berkata, beliau tidak menganggap ia sebagai bebanan ke atas dirinya.

"Apabila saya mengambil keputusan menjadi anak seni, saya perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran. Semua ini asam garam. Tak perlu nak melatah pun. "Sebab itu dalam kes lalu, saya tak cakap apapun. Orang nak mengata pun sekejap saja, lepas itu mereka lupa. Dalam kes ini, saya anggap ia cuma salah faham. Saya enggan salahkan mahupun bergaduh dengan sesiapa," katanya. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar