Super Spontan Superstar 2016, Harimau Hipster vs Monyet Mafia

Spontan

Peserta Super Spontan Superstar 2016

Monyet Mafia
Johan Raja Lawak - Juara RM100k
Achey - Tempat ke3 RM20k
Ali Puteh - Tersingkir Ep8
Amyza Adnan - Tersingkar Ep4
Kamal Adli - Tersingkir Ep9
Julia Ziegler - Tersingkar Ep4
Zuki - Teringkir Ep5
Altimet - Tersingkir Ep9

Harimau Hipster
Tauke - tempat ke6 RM5k
Abam - tempat ke2 RM50k
Shuk - Tersingkir Ep6
Ozlyn - tempat ke5 RM2k
Fad - tempat ke4 RM2k
Zulin - Tersungkur Ep3
Jamal - Tersingkir Ep6
Waris - Tersingkir Ep2

Selebriti media sosial, Zukiee dan Jamal antara peserta yang terpilih untuk menyertai Super Spontan Superstar yang akan bermula pada 5 Ogos ini.

Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Encik Bob Azrai, pemilihan Zukiee dan Jamal bersesuaian dengan populariti mereka di media sosial yang sering menghasilkan video-video komedi.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10

“Kami memilih untuk membawakan Zukiee dan Jamal kerana mereka cukup terkenal dan memiliki pengikut yang ramai di media sosial.

“Oleh itu pihak Astro Warna terlebih dahulu menguji mereka menerusi Boothcamp selama dua hari untuk mengenal pasti potensi mereka serta layak atau tidak untuk menyertai Super Spontan Superstar.

Dari situ kami lihat Zukiee dan Jamal sememangnya memiliki karakter spontan yang kita cari,” kata Bob Azrai kepada Astro Gempak.

Bob Azrai ditemui sewaktu sidang Super Spontan Superstar yang menggabungkan 16 bintang terkenal di Restoran Subak, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Afdlin Shauki selaku komentator Super Spontan Superstar menjelaskan kemunculan Zukiee dan Jamal di musim kelima bersesuaian dengan maklumbalas hebat penonton sebelum ini menerusi media sosial.

“Setelah melihat kepada respon luarbiasa peminat dan penonton menerusi Twitter dan Facebook, kami mengambil kira peranan besar media sosial untuk mengembangkan lagi program televisyen yang dihasilkan seperti Super Spontan.

“Jadi kami terpanggil untuk mengangkat pula bakat-bakat baru yang lahir dari media sosial yang viral dan dikenali ramai untuk dibawa ke kaca televisyen.

“Sebenarnya ada ramai lagi yang turut mendapat tempat selain dari Zukiee dan Jamal, tetapi kami akan pilih mereka yang berani dan mencuba nasib untuk hadirkan diri ke boothcamp Super Spontan,” jelas Afdlin Shauki.

Dengan bertemakan Survival dan terdiri daripada dua kumpulan iaitu Harimau Hipster dan Monyet Mafia, Super Spontan Superstar menampilkan menampilkan pasangan pemenang Anugerah Top Top MeleTOP, Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn

Disamping Kamal Adli, Julia Ziegler, Altimet, Waris, Amyza Adnan, Kumpulan Bocey, Tauke, Syuk Joras, Ali Puteh dan Zulin Aziz.

Datuk AC Mizal terus diberi penghormatan untuk mengemudi program ini selain ditemani pelawak Amir Raja Lawak selaku pengacara bersama. Malah seorang selebriti jemputan bakal diundang setiap minggu untuk menemani Afdlin Shauki selaku komentator tetap.

Juara Super Spontan Superstar bakal membawa pulang wang tunai RM100,000. Manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing dengan RM50,000 dan RM25,000. Sementara tempat kelima dan keenam membawa pulang wang tunai RM5,000 setiap seorang.

Super Spontan Superstar yang ditaja oleh Drive M7 dan Go Shop mula bersiaran pada 5 Ogos pada setiap hari Jumaat jam 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Layari www.superspontan.com.my untuk maklumat lanjut dan undian peserta kegemaran bermula di minggu pertama.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar