Telefilem Hati-Hati Yang Bercinta di TV2

Fathia Afiq

Pelakon Fathia Latiff bakal muncul bergandingan dengan Afiq Muiz menerusi telemovie terbaharu bertajuk “Hati-Hati Yang Bercinta” setelah gandingan mereka dalam sebuah drama bersiri “Diaspora Cinta” disiarkan di RTM menerima sambutan memberansangkan penonton.

Video HYBercinta

Menerusi telemovie terbitan Saujana Media Sdn Bhd yang menemui penonton pada 2 Ogos ini, pukul 10.00 malam di TV2, menariknya cinta pasangan pelakon Fathia Latiff dan Afiq Muiz yang menghidupkan watak utama Hajar dan Amzar dibawa jauh menjalani penggambaran di Istanbul, Turki selain di negara kita sendiri.

Turut dibintangi pelakon Zarina Zainordin, Ezany Nizariff, Kazar Saisi, dan Haleeda, telemovie yang turut diselitkan dengan elemen cinta dan kekeluargaan ini menyorot kisah Hajar, pelajar jurusan perniagaan di Universiti Istanbul. Di sana dia dipertemukan dengan Amzar, seorang pelajar jurusan ekonomi juga di universiti yang sama.

Disebabkan pertemuan pertama yang tidak mengembirakan mereka sering bertelagah apabila bertembung. Amzar datang dari keluarga yang berada dan sentiasa dapat apa yang di ingini daripada ayahnya.

Lain pula ceritanya bagi Hajar dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan dalam masa yang sama dia mempunyai masalah kewangan. Tanpa berfikir panjang Hajar terus menerima bayaran yang di beri Amzar sebagai upah membersihan biliknya setiap hari.

Di Malaysia, Hajar mempunyai seorang adik perempuan Haida, yang sedang menganggur tetapi sekali sekala menolong ibu mereka Puan Maria di restoran milik keluarga. Akibat dari satu tragedi yang tidak diingini, Hajar dan Amzar terpaksa berkahwin tanpa mendapat restu kedua buah keluarga.

Tetapi tanpa mereka sedari Amzar dan Haida sebenarnya sudah mempunyai hubungan rapat sejak dari Malaysia. Apabila Haida mengetahui Hajar berkahwin dengan Amzar dia mula merancang untuk memisahkan mereka dengan bantuan Baharin iaitu lelaki yang sejak dari dulu meminatinya.

Haida sanggup mereka cerita mengatakan kakaknya telah terlanjur bersama Amzar ketika berada di Istanbul sebelum mereka berkahwin. Berjayakan Haida menhancurkan rumah tangga kakaknya semata-mata untuk memuaskan kehendaknya? atau Hajar bahagia bersama Amzar sehingga ke hujung nyawa.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar