Telemovie Aishah dan Projek Dapur Ramadan TV9

Zahira

Sinopsis telemovie Aishah dan Projek Dapur Ramadan, mengisahkan Aisha, seorang gadis ceria yang hidupnya serba lengkap dan serba mewah. Menjelang Hari Raya, Aisha semakin ligat untuk meminta cuti kerja semata-mata untuk pergi membeli-belah malangnya cutinya sudah habis.

Video APDRamadan

Disebabkan terlalu inginkan cuti, Aisha bersetuju untuk melibatkan dirinya dalam Projek Dapur Ramadan yang dijalankan oleh NGO di KL dengan kerjasama syarikatnya, dengan harapan akan diberikan cuti.

Mimi, rakan kerja Aisha juga terlibat sama dalam aktiviti Projek Dapur Ramadan. Ramadan kali ini juga, telah banyak mengajar Aisha erti sebenar bulan Ramadan di samping membantu golongan yang susah.

Lakonan Johan As’ari, Zahira Macwilson, Anis Al-Idrus, Khalid Nadzri. Pengarah Khalid Nadzri dan skrip oleh Sham Hashim.

Telemovie Aishah dan Projek Dapur Ramadan ini bersiaran pada 8.30 malam 4 Julai 2016 di slot Skrin Di 9, Saluran 119 TV9.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar