Telemovie Cinta Si Wedding Planner Raya di TV3

Adi Mira

Sinopsis telemovie Cinta Si Wedding Planner Raya, Fariz Adryan dan Zara Batrisya telah berkahwin selama dua tahun. Sementara itu, Ikhmal Bazli dan Shaqirin juga sudah berkahwin lebih kurang setahun. Zara dan Bazli merupakan adik-beradik yang telah terpisah semenjak kecil.

Video CSWPRaya

Namun begitu, mereka pernah menjalinkan hubungan percintaan sebelum mengetahui hal sebenar. Hal ini menyebabkan Shaqirin cemburu kerana hubungan mereka kekal mesra. Konflik terjadi apabila salah faham wujud antara kedua-dua pasangan ini.

Zara Batrisya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk menjarakkan diri dengan Fariz Adryan.

Lakonan Adi Putra, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Nazeera Sardi, Elvina. Terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd, arahan Along Kamaludin, skrip Mufid Suhaimi.

Saksikan telefilem Cinta Si Wedding Planner Raya pada malam raya ini, 5 Julai 2016 jam 9.15 malam di TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar