Telemovie Derhaka di TV3

Zahiril

Sinopsis telemovie Derhaka di TV3. Mengisahkan Izwan, seorang anak muda yang nakal dan keciciran dalam pelajaran. Sudahlah nakal, jahat pula. Berkawan dengan budak-budak samseng yang selalunya terlibat dalam kegiatan haram seperti berlumba haram, pergaulan bebas, judi dan tidak ketinggalan menagih dadah.

Video Derhaka

Dalam kumpulan samseng mereka, Izwan cukup rapat dengan Badrul, yang lebih tua dari Izwan. Malah dari Badrul jugalah dia belajar macam-macam kerja negative seperti meragut dan sebagainya. Selain itu Izwan turut terlibat dalam pergaduhan yang melibatkan bohsia.

Ibunya Anisah, seringkali makan hati dengan sikap kurang ajar Izwan. Dia pun tak tahu di mana salahnya. Sedangkan sejak kecil Izwan dididik dengan penuh kasih sayang. Namun dari sekolah menengah lagi Izwan sudah pun menunjukkan ciri-ciri nakal dan jahatnya.

Dia berkawan dengan budak-budak nakal yang sesetengahnya ada sampai dibuang sekolah. Dari sekolah menengah lagi dia sudah mula kurang ajar. Enggan mendengar nasihat dan malas belajar. SPM juga gagal.

Lakonan Zahiril Adzim, Hanis Kamal, Nazeera Sardi, Roy Azman, Liza Othman. Pengarah Zamri Zakaria dan penulis skrip Rosmadewi Zain.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar