Telemovie Kembali Kepada Fitrah di TV2

Kembali Kepada Fitrah

Sinopsis telemovie Kembali Kepada Fitrah, mmengisahkan seorang ibu tunggal bernama Latifah yang sentiasa mengharapkan kehadiran anak-anak tirinya setiap kali menyambut lebaran. Empat orang anak tiri iaitu Hisyam, Juita, Farina dan Amri setelah kematian suaminya sehingga mereka semua dewasa dan menjalani kehidupan sendiri.

Penantiannya berterusan selama 10 tahun namun tidak kesampaian. Beliau tetap tidak berputus asa dan mengharap agar permintaannya menjadi kenyataan. Anak-anak tirinya tidak mempedulikannya selama ini akibat mendengar cerita-cerita palsu.

Kepulangan anak tiri sulung, Hisyam bertemu dengannya berjaya mengubat rindu yang terpendam setelah sekian lama tidak bertemu. Hisyam terkejut setelah mendengar cerita dari makcik Enon yang selama 10 tahun adik-adiknya tidak pulang ke kampung menjenguk ibu yang beria-ria membuat persiapan raya untuk menyambut mereka.


Hisyam ke Kuala Lumpur bertemu dengan ketiga-tiga adiknya dan meminta mereka untuk beraya semula bersama ibu mereka seperti suatu ketika dahulu. Walaupun pada mula hasrat beliau mendapat tentangan dengan pelbagai alasan yang diberikan, akhirnya adik-adik Hisyam mula memikirkan semula pengorbanan ibu tiri mereka. Adakah mereka terbuka hati pulang kepangkuan Latifah?

Lakonan Haliza Misbun, Beto Khusyairi, Linda Hashim, Nadia Hasnan dan Eric Fuzi. Diarahkan oleh Ismail Yaacob dan bakal ditayangkan pada 19 Julai ini, pukul 10.00 malam di slot Citra di TV2.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar