Telemovie Saka Ke Ni? di TV9


Sinopsis telemovie Saka Ke Ni? di slot Skrin di 9 (TV9), mengisahkan 3 orang sahabat penganggur Man, Din dan Usop (akhir 20-an) buntu dalam menyara kehidupan mereka. Suatu hari mereka melihat satu keluarga kaya, lalu Man berjenaka untuk menculik ahli keluarga itu.

Video SKNi

Tanpa disangka, Din dan Usop mula memilkirkan serius gurauan Man itu dan mahu mereka melakukan penculikan itu. Sebaik membuka pintu kenderaan, kelihatan hanya seorang nenek tua, Mak Jah (60-an).

Mak Jah terkejut lalu terus pengsan namun mereka tetap melarikannya ke sebuah rumah usang dan terpencil di pinggir hutan. Sebaik tiba, Mak Jah sedar dan mereka mula menghubungi keluarga itu untuk meminta wang tebusan.

Mak Jah sebenarnya hanyalah orang gaji kepada keluarga itu namun kerana takut dibunuh jika penculik mengetahui beliau hanyalah orang gaji, Mak Jah menyamar sebagai nenek kepada keluarga itu dan keluarga itu juga turut mengiakannya kerana bimbang Mak Jah dibunuh jika diketahui bukan dari keluarga mereka.

Lakonan Bell Ngasri, Anas Ridzwan, Pyan Kepoh, Ruminah Sidek, Nady Dyana. Diterbitkan Creative Solution dan diarahankan oleh Nazir Jamaludin.

Saksikan nanti telefilem Saka Ke Ni? yang pastinya kelakar ini pada 25 Julai 2016 di TV9, slot Skrin Di 9 pukul 8.30 malam.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar