Telemovie Sedikit Waktu di Astro Ria

Farid Diana

Menjelang Syawal ini, Astro menampilkan sebuah telemovie berjudul 'Sedikit Waktu' arahan pengarah Kabir Bhatia dan skrip Anwari Ashraf. Telemovie yang akan menemui penonton pada hari Ahad, 3 Julai 2016, 9.30 malam ini, menampilkan gandingan yang sudah lama tidak dipertemukan di kaca televisyen mahupun layar perak iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle serta barisan pelakon lain seperti Hafizuddin Fadzil dan adik Fikry Kiki.

Video SWaktu

Lagu ost telemovie ‪‎Sedikit Waktu‬ yang bertajuk Sajadah Panjang oleh kumpulan Noah.

Sinopsis Sedikit Waktu mengisahkan tentang Aidin (Fikry Kiki) yang berusia lapan tahun pergi bertemu atuknya, Abdullah setelah merasa kesunyian kerana ibu bapanya, Amal (Farid Kamil) dan Liza (Diana Danielle) sentiasa sibuk sehingga jarang meluangkan masa bersamanya. Setelah menyedari kehilangan Aidin, Amal dan Liza mula menyalahkan antara satu sama lain atas kelalaian dalam memikul tanggungjawab. Apabila mereka ingin membuat laporan polis tentang kehilangan Aidin, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari rumah kebajikan orang tua mengenai kehilangan Abdullah (Hafizuddin Fadzil). Barulah Amal sedar bahawa dia sudah lama tidak berikan masa buat ayahnya. Sementara itu, Aidin yang telah bersama dengan atuknya, kini dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi mengubati kerinduan mereka.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda bagi menyaksikan telemovie Sedikit Waktu pada hari Ahad ini, 3 Julai 2016, jam 9.30 malam serentak di laman sesawang Astro Gempak serta saluran Astro Ria dan Ria HD.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar