Telemovie Songket Pak Andam di TV9

Nasir Bilal Khan

Sinopsis telemovie Songket Pak Andam, mengisahkan Pak Zenal seorang lelaki berwatakan lembut, merupakan seorang bekas pak andam terkenal di kampung itu lebih 30 tahun. Dia sangat rajin membantu orang-orang kampung terutamanya dalam soal kenduri kendara. Dia amat ringan tulang terutamanya dalam soal masak memasak dan gubahan hantaran.

Video SPAndam

Pendek kata, kalau kenduri dikampung itu tiada campur tangan Pak Zenal memang tak menjadi. Airtanganya dalam menyediakan lauk pauk memang terangkat. Mulutnya becok, tapi pandai mengambil hati orang kampung.

Dia tinggal dihujung kampung bersama anak lelakinya, Farid yang merupakan seorang guru sekolah dikampung itu. Dia juga amat disayangi oleh masyarakat kampung. Hubungannya dengan ayahnya Pak Zenal amat baik.

Dia lansung tidak malu mempunyai ayah seperti Pak Zenal walaupun ada yang menghinanya. Suatu hari, Pak Man dan Mak Gayah, telah balik ke kampung itu untuk membuat persediaan majlis perkahwinan anaknya tunggalnya, Tini di rumah pusaka mereka.

Lakonan Nasir Bilal Khan, Beego, Fauziah Nawi, Dato Tarmimi Siregar. Diarahkan dan skrip oleh Rashid Sibir.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar