Aliff Aziz yang baru

Terbaru Aliff Aziz

"Dulu saya berasakan seperti boleh melangkah jauh dalam bidang seni, tetapi kerana sikap sambil lewa terhadap kerjaya dan hidup, semua itu musnah sekelip mata.

Penyanyi, Aliff Aziz, 25, mengaku tidak berfikir panjang suatu ketika dulu sehingga sering membawa padah kepada dirinya sendiri. Pada usia yang masih muda, Aliff yang turut bergelar pelakon itu juga berkata dia berfikiran negatif sehingga menyebabkan beliau acap kali terpalit cerita sensasi.

"Saya bagaimanapun bersyukur semua itu menjadi ruang untuk saya memperbaiki diri seterusnya menjadi insan lebih matang. Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya tak dengar nasihat orang yang menyayangi diri saya ini.

"Saya anggap semua itu bayaran yang perlu saya terima akibat kesilapan diri sendiri. Di sebalik segala-gala yang terjadi, saya masih diberi peluang untuk bangkit kembali. "Syarikat rakaman Sony Music juga masih percayakan bakat saya dan menghadiahkan album berjudul Rebirth.

Judul album itu sendiri, seperti saya pernah katakan, umpama kelahiran semula saya di arena seni," katanya. Pemuda itu turut bersyukur apabila dirinya diberikan ruang untuk menyemarakkan semula dunia lakonan menerusi drama Meh Sandarkan Pada Aku, terbitan Zeel Productions.

"Saya percaya, bukan semua orang akan diberikan peluang seperti itu. Jadi, saya akan ambil peluang berkenaan dengan keazaman untuk tidak lagi menimbulkan isu mahupun kontroversi," katanya. Mengenai drama terbabit, Aliff buat julung kali bergandingan dengan bakat baharu popular, Mira Filzah.

Ia dijangka disiarkan di TV3 menerusi slot Dahlia pada Februari tahun depan. Sebelum itu, drama terbabit akan menemui penonton menerusi portal Tonton, pada Oktober.

"Lama juga saya berehat daripada dunia lakonan. Jadi, drama ini menjadi detik kepulangan semula saya ke bidang terbabit. Terima kasih kepada Haji Zil (Fadzil Teh) dan pengurus produksi, Fendi London, kerana memberikan saya peluang ini. Mereka juga banyak memberikan saya semangat.

"Bergandingan dengan Mira pula tidak saya nafikan agak kekok pada awalnya. Maklum saja, inilah pengalaman pertama kami berlakon bersama. Namun saya harus akui, Mira seorang yang berbakat besar," katanya yang turut berduet dengan pelakon itu untuk lagu tema drama berkenaan.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar