Beli tunai rumah mewah?

Nana

"Cerita itu tidak benar sekali kerana saya belum berkemampuan membeli rumah, apatah lagi yang harganya sangat tinggi.

Penyanyi popular Siti Nordiana atau Nana, 31, menafikan khabar angin yang mendakwa dia membeli rumah mewah secara tunai.

Nana ketika dihubungi berkata, dia menganggap berita itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu berikutan namanya kini kembali popular.

“Apabila gosip ini tersebar, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah terkenal," katanya.

Menurut penyanyi lagu Memori Berkasih ini, hadiah kemenangan musim kedua Gegar Vaganza sebanyak RM100,000 juga tidak mencukupi membeli sebuah rumah.

"Kalau fikir secara logik, wang itu mana mencukupi membeli rumah," katanya. - HMetro

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar