Ben Ali hanya kawan rapat, Mira Filzah

Mira Ben Ali

"Sebenarnya, kami rapat sebagai kawan. Ben menjadi individu penting memperkenalkan saya dalam industri lakonan sejak awal tahun lalu. Daripada situ, saya mula memberi kepercayaan kepada dia menguruskan kerjaya lakonan bersama Natrah sebagai pembantu peribadi.

Pernah didakwa menjalin hubungan istimewa dengan bintang komedi, Zizan Razak selepas sama-sama mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29), Mei lalu, Mira Filzah kali ini dikaitkan pula dengan pelakon, Ben Ali.

Enggan melatah dengan gosip bertebaran, Mira yang merangkul trofi Artis Baharu Wanita Popular pada malam kemuncak anugerah berprestij itu percaya cerita itu timbul kerana dirinya masih solo.

"Sejak dulu lagi, Ben menjadi pakar rujuk dan memberi tunjuk ajar. Saya lebih banyak kawan rapat dalam kalangan lelaki. Ben adalah salah seorang daripada mereka. "Mungkin saya lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita," katanya ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan artis, Fastyle di sini, tadi.

Pada majlis itu, Mira yang mencipta populariti melalui drama Cinta Si Wedding Planner tidak keberatan malah 'sporting' bergambar bersama Ben. Mira yang sedang melunaskan baki penggambaran drama Meh Sandarkan Pada Aku bersama pelakon Aliff Aziz mengaku belum memiliki kekasih hati.

"Saya tidak rimas dan tertekan dengan usikan begitu. Saya percaya, selagi saya belum berpunya dan berkahwin, gosip dan usikan seumpama itu akan terus diperkatakan. Termasuklah dengan rakan gandingan saya dalam drama atau telefilem yang masih solo.

"Saya dan Ben misalnya, kami tahu setakat mana hubungan terjalin. Jadi, ia bukan tekanan besar," katanya yang akan bercuti ke London bersama teman-teman selama 10 hari mulai 14 Ogos depan. Mengenai syarikat Fastyle yang disertainya baru-baru ini, Mira yakin organisasi terbabit mampu mengurus kerjaya seninya.

"Fastyle menguruskan tiga perkara utama iaitu projek besar, tawaran menjadi duta, jurucakap dan penjenamaan. Manakala Ben pula lebih kepada urusan kerjaya lakonan," katanya. - HMetro

Dalam perkembangan lain Mira bakal muncul dengan drama berjudul Cik Serba Tahu bagi terbitan saluran Astro.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar