Cerekarama Gerimis Hati Asyikin lakonan Ashraf Muslim

Ashraf Wawa Zarina

Sinopsis telemovie Gerimis Hati Asyikin. Mengisahkan Zamri dan Syikin serta dua anak mereka yang masih kecil lagi hidup secara kesederhaan. Syikin yang berkerja sebagai pembantu farmasi berdekatan dengan kawasan perumahan mereka manakala Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa.

Video GHAsyikin

Keadaan kesederhanaan berubah apabila Syikin hamil buat kali ketiga . Kehamilan Syikin kali ini benar-benar menggangu emosi dan mentalnya. Syikin membimbangkan kedudukan mereka dikala kegawatan ekonomi yang semakin hari mereka tidak ubah seperi kais pagi makan pagi.

Semasa kandungan Syikin berusia 6 bulan, Zamri ditimpa kemalangan jalanraya. Zamri mengalami patah kaki yang memerlukan masa untuk sembuh. Situasi bertambah sulit apabila Zamri kini cuti tanpa gaji sehinggalah dia sembuh sepenuhnya.

Keadaan dirumah menjadi tidak terurus. Syikin yang kini sarat ditambah pula penguruskan kedua anak mereka dan berkerja keras untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga. Syikin membuat keputusan untuk bersalin dikampung halamannya.

Lakonan Ashraf Muslim, Wawa Zainal, Zarina Zainoordin dan ramai lagi. Terbitan Al Hidayah Production Sdn Bhd, arahan Bahri Uma Bajuri dan skrip Shahrizad Shafian.

Video promo

Saksikan nanti di slot Cerekarama TV3, Gerimis Hati Asyikin pada Sabtu ini 30 Ogos 2016 jam 9 malam di TV3, saluran 103.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar