Cherpen Band sudah 3 tahun

Cherpen

“Kami sedar sekarang agak sukar penyanyi kumpulan mendapat perhatian pendengar dan semuanya bergantung kepada nasib.

Cherpen Band tidak menyangka single kedua mereka berjudul Kali Ini dipilih sebagai lagu tema drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz yang kini ditayangkan di TV3.

Cherpen Band yang ditubuhkan pada 2013 mengambil masa hampir tiga tahun untuk tampil dengan single berkenaan.

Mereka yang dianggotai Nemo (penyanyi), Kimie (dram), Syahir (gitar) dan Arif (bass) ini punya sebab mengapa penghasilan single itu mengambil tempoh yang lama.

“Ada kumpulan yang baru muncul dengan satu single tapi sudah cukup popular. Ketika kami muncul dengan single pertama berjudul Sumpah Mencintai Sumpah, orang tidak kenal kami kerana masing-masing sibuk menyambung pengajian. Jadi promosi itu seperti ada dan tiada saja.

“Disebabkan itu juga kami mengambil masa yang lama untuk tampil dengan single kedua. Kami tidak akan berputus asa untuk tampil dengan single seterusnya,” kata Nemo mewakili teman-teman.

Menjadikan Akim & The Majistret sebagai idola dan rujukan mereka, Cherpen Band yang kini bernaung di bawah Gjie 6ixth Sense juga mahu dikenali seperti band popular itu.

“Akim & The Majistret juga melalui pelbagai perkara sebelum popular. Jadi, tiada alasan untuk kami terus berusaha melakukan sesuatu bagi mengembangkan karier nyanyian kami.

“Kami akan berusaha menghasilkan lagu yang menepati cita rasa pendengar kerana kami me­nyanyi untuk berkongsi dengan semua orang. Kami tidak mempunyai sasaran untuk berapa tahun namun kami akan terus berusaha sehingga apa yang kami impikan itu terlaksana,” katanya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar