Drama Awak Sangat Nakal lakonan Ayda dan Sharnaaz

Sharnaaz Ayda Jebat

Akan datang drama Awak Sangat Nakal lakonan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai Johan dan Erine, hero heroin. Drama diadaptasi dari novel karya Syamnuriezmil terbitan October.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16

Sinopsis Awak Sangat Nakal (novel)

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Nantikan kemunculan drama Awak Sangat Nakal yang bakal bersiaran pada 7 November ini di saluran Astro Ria, 104 dan 123 HD.

+ comments + 5 comments

28 Oktober 2016 9:48 PTG

macam best je drama ni. Apa lagu OST dia?

3 November 2016 10:05 PG

@Encik Shino

lagu terbaru ayda jebat sendiri

28 November 2016 2:37 PG

Best cite ni. Lawak comey je ayda jebat bawak watak loklak

30 November 2016 2:13 PG

best.. torbaik la jang.. blog kau nie la blog torbaik ponah den jumpo..

2 Disember 2016 12:46 PTG

Torbaik..citer ni

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar