Drama Mariam Alisa lakonan Elvina dan Ben Amir

Elvina Ben Amir

Terbitan terbaru syarikat Radius One Sdn Bhd, drama Mariam Alisa bakal menemui penonton pada 25 Ogos 2016 ini di slot Lestary TV3. Diarahkan oleh saudara Shahrulezad Mohameddin, drama ini dibarisi pelakon baru berbakat. Antara pelakon yang membintangi, Elvina, Ben Amir, Haris Zainuddin dan Amirul Faqeem serta ramai lagi.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Sinopsis drama, mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tidak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu.

Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada.

Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak.

Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika sehingga langsung tidak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yang tidak berada.

Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak.

Adakah Farhan akan berterusan berpura-pura pekak? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Benarkah Farhan bukan lelaki berada? Bagaimana pula dengan permintaan ayah Mariam yang inginkan dirinya berkahwin dengan Ustaz Haiqal.

Nanti kemunculan drama Mariam Alisa pada hujung bulan ini.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar