Drama Rintihan Nek Mis lakonan Normah Damanhuri

Nek Mis

Drama baharu Rintihan Nek Mis yang mempunyai 20 episod dan bakal muncul di kaca televisyen di slot Azalea mulai 23 Ogos 2016 (Selasa).

Kehidupan yang senang adalah satu idaman bagi sesetengah orang. Anak-anak kecil dihantar ke pusat jagaan ataupun dijaga oleh orang suruhan dek kesibukan ibu bapa yang bekerja. Sudah menjadi trend juga datuk dan nenek menjadi pilihan utama kerana kes penderaan dan kecuaian yang sering berlaku.

Datuk dan nenek menjadi tempat cucu-cucu bermanja dan menumpang kasih sayang. Bagaimanakah hubungan seorang nenek terhadap cucu kesayangannya apabila mereka dipisahkan?

Drama terbitan Primeworks Studios arahan Amie Maziah ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Normah Damanhuri, Adik Duerra Matilda, Hanna Aqeela, Faye Kusairi, Sharifah Shahora, Faiez Affandi, Ryzal Jaafar, Idzham Ismail dan Rahim Jailani.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Sinopsis drama Rintihan Nek Mis

Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya.

Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda.

Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya.

Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana En Ismail amat mempercayakan Haikal.

Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila. Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?

Ikuti perjalanan cabaran Nek Mis menyelamatkan Karmila dalam Rintihan Nek Mis setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea, TV9 bermula 23 Ogos 2016.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar