Drama Si Kolot Suamiku lakonan Amar dan Elizad

Amar Elizad

Sinopsis drama Si Kolot Suamiku, mengisahkan tentang Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga diri membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16

Kudin pula seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Pelakon Amar Baharin, Siti Elizad Sharifuddin, Faizal Hussein, Kuza, Atikah Suhaime, Dania Azmi, Vicha Saywho, Waris, Epy Kodiang. Terbitan MiG Production Sdn Bhd dan arahan Eyra Rahman.

Saksikan nanti drama Si Kolot Suamiku adaptasi dari novel karya Fazlyn Ridz bermula pada 15 Ogos ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 hingga 11 malam di saluran Astro Ria.

+ comments + 14 comments

16 Ogos 2016 12:44 PTG

BEST drama ni,especially ada pelakon hebat seperti Elizad Sharifuddin, lakonan tak pernah menghampakan,terlalu bagus. Baru ni dapat tgk muka Ejad jadi heroin di Channel Astro. SUPERB la pelakon nya.Yang sebelum ni lakonan dia dalam Teman Lelaki Upahan, tu pon drama fenomena waktu tahun 2015. Dan arahan pengarah eyrahman pon mmg terbaik. Kudos.

24 Ogos 2016 10:32 PG

cerita ni best. boleh gelak or senyum sorang tgk lakonan edrina & kudin. barisan pelakon dlm drama ni pon semua otai. saya suka cerita ni.

29 Ogos 2016 11:02 PG

terbaikkk..citer yg bestt

30 Ogos 2016 10:24 PTG

citer yg sgt best..lakonan elizad lain sgt berbanding watak2 dia sblm ni...

2 September 2016 12:50 PG

best gilerr...layan drama ney...terima kasih kepada pelakon2...yg beri lakonan yg mantap...terasa enjoy sgt...

3 September 2016 6:21 PTG

tak saba tunggu episode 13....memang terbaik la

4 September 2016 3:16 PTG

Lucu cerita ni..srnok tgk...sy bg 10 bntang. 😊

5 September 2016 2:29 PG

sgt best citer ni...pelakon sume xkaku..hehe

6 September 2016 11:35 PTG

Suka sangat citer ni

9 September 2016 12:52 PG

alaaa..xbest la kalau cite dye dh abesss...

9 September 2016 9:02 PG

Harap2 ada musim kedua. Besttt. Syokkk!

9 September 2016 6:55 PTG

Harap2 ada sambungan lgi bestttt syokkkk!!!

10 September 2016 4:26 PTG

best..berkali kali tgk x jemu..ini lah pertama kali drama yg aku boleh ulang tayang berkali kali tanpa jemu menonton.haha..macam x percaya..

16 September 2016 1:54 PG

jalan cerita mmg sama dgn cerita² melayu lain. kaya. banyak harta. dpt wasiat. kahwin paksa. cinta lepas kahwin. tp perjalanan yg dilakonkan watak² utama cerita ni tidak menghampakan saya yg kurang gemar dengan drama melayu. good job.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar