Joras & Stars di Astro Mustika HD

Rahim Shuk Joey

Program terbaru, Joras & Stars yang menggantikan Bocey & Friends mula bersiaran dua minggu lalu. Keudara setiap hari Khamis 10 malam di saluran Astro Warna dan Mustika HD. Bagi yang terlepas tengok, ulangannya pada hari Ahad 11.30 pagi.

Dua adik-beradik, yang tinggal dengan bapa mereka yang kedekut cuba untuk meyakinkan bapa mereka untuk memberi wang dengan mengupah seorang bomoh. Lakonan Joras & Black.

Tiga peneroka angkasa lepas bertemu seorang makhluk asing yang cantik lagi indah. Mereka bertiga bersaing untuk memikat hatinya. Lakonan Joras & Erra Fazira.

Tiga orang lanun mencari harta yang lama di tanam, Mereka berpakat menculik orang yang tahu bagaimana untuk membaca peta harta, seorang puteri cantik. Lakonan Joras & Sasha Saidin.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10

Ahli kumpulan Joras, Shuk (Mohamad Shukri Bin Mohamed Sahar), Rahim (Rahim Mat Ali) dan Joey (Zulkifli Bin Daud).

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar