Konsert Mingguan AF2016 bermula 21 Ogos ini

AF2016

Akademi Fantasia (AF2016) kembali lagi pada tahun ini. Masih mengekalkan Zizan Razak sebagai pengacara Konsert Mingguan yang akan bermula pada 21 Ogos depan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dua bakat wanita bukan Melayu, Kareshma Martin John Patrick atau Resha, 18, dan Jasper James Supayah (Jasper), 23, menjadi antara 14 pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016).

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata pemilihan dua peserta terbabit menunjukkan program AF sememangnya mempunyai pengikut terdiri daripada pelbagai kaum.

Senarai Pelajar AF2016

Lelaki
Amal, 21 (Pulau Pinang) - Final
Amir, 20 (Selangor) - Final
Ikram, 26 (Kuala Lumpur) - tersingkir minggu 6
Zarol, 23 (Johor Bahru) - tersingkir semi final
Rais, 22 Selangor) - tersingkir minggu 2
Halmy, 23 (Kuala Lumpur) - tersingkir minggu 2
Isa, 23 (Selangor) - tersingkir minggu 2
Emy (Sabah) - tersingkir minggu 4

Perempuan
Afi, 23 (Sabah) - Final
Ara, 19 (Negeri Sembilan) - Final
Rahila, 20 (Singapura) - tersingkir semi final
Riana, 26 (Pahang) - tersingkir minggu 4
Jasper, 23 (Johor) - tersingkir minggu 4
Asha, 20 (Melaka) - tersingkir minggu 6
Reshma, 18 (Selangor) - Final

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8

"Kalau dilihat kepada peserta musim ini, ada kepelbagaian dari segi bangsa peserta. Ini membuktikan, AF bukan hanya dekat di hati penonton Melayu, malah kaum lain juga," kata Raqim pada majlis sidang media memperkenalkan barisan pelajar AF2016 di sini, sebentar tadi.

Pengacara program hlive!, Dahlia Shazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal pula akan mengendalikan program Diari AF2016 secara bergilir-gilir. Mengenai pengetua akademi musim ini, Raqim berkata persoalan itu akan terjawab sewaktu konsert pertama berlangsung.

"Selain pengetua, kami juga akan mengumumkan pengacara bersama rancangan itu yang akan mengendalikan konsert mingguan di sisi Zizan," katanya. Sebelum ini, penyanyi dangdut, Mas Idayu, dan pelakon yang juga pengarah, Ellie Suriaty, diberikan mandat sebagai tenaga pengajar musim 2016.

Masing-masing akan menggalas tugas Guru Persembahan Vokal dan Guru Seni Persembahan. Selain itu, AF2016 turut mengumpulkan bekas tenaga pengajar AF lain iaitu Linda Jasmine yang dilantik menjadi Guru Tarian & Koreografi, manakala Shahrolbahri sebagai Guru Vokal. Bekas Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim, pula akan kembali selaku Pengarah Seni Muzik.

Nantikan nanti Akademi Fantasia (AF2016) yang akan bermula dua minggu lagi 21 Ogos ini, bersiaran setiap hari Ahad, 9 malam di saluran Astro Ria, 104 dan 123 HD.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar