Sheila tetap hadir ke lokasi pengambaran


"Saya bukan tidak mahu berehat, tetapi saya rasa masih kuat dan berdaya untuk bekerja. Lagipun saya bukan jenis yang memanjakan diri. Lagipun, luka pembedahan sudah kering dan tak ada apa yang perlu dibimbangkan.

Pelakon dan penerbit Sheila Rusly terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan Fibroid Uterus, minggu lalu di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Sheila, 45, berkata, ketumbuhan itu dikesan sebelum dia pergi menunaikan ibadah umrah pada 13 Jun lalu.

“Apabila doktor memaklumkan perkara itu, saya dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi membuangnya. Memandangkan saya perlu menjalani umrah, jadi saya merancang untuk melakukannya selepas Aidilfitri lalu.

“Bagaimanapun, doktor memberikan tarikh pada 28 Julai untuk saya menjalani pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kini saya dalam proses untuk pulih dan baru menjalani rawatan susulan dua hari lalu," katanya kepada Harian Metro.

Walaupun baru menjalani pembedahan, Sheila tetap hadir ke lokasi penggambaran drama Mr Donat Karamel yang diterbitkan syarikatnya pada Isnin lalu.

"Dalam masa sama, semua jadual artis sudah ditetapkan pada Isnin lalu. Mahu atau tidak penggambaran perlu diteruskan kerana ia akan ditayangkan pada Oktober ini. Jika ditanguhkan nanti menimbulkan masalah lain pula," katanya.

Menurut Shiela, dia difahamkan punca kepada penyakit itu disebabkan pengambilan makanan tambahan yang terlalu banyak.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar