Telemovie Bibah Bebel lakonan Puteri Balqish

Puteri Balqish

Sinopsis Bibah Bebel, mengisahkan Daud dan Jamilah, merupakan pasangan suami isteri yang baru sahaja menamatkan pelajarannya di London, UK. Kedua-dua mereka menyambung pengajian di peringkat PhD di London selama 4 tahun.

Video BBebel

Daud dan Jamilah hanya membawa dua orang anak mereka iaitu Arisa (12) dan Danial (11) semasa menetap di London bagi menghabiskan pengajian mereka itu. Daud dan Jamilah terpaksa meninggalkan anak mereka, iaitu Habibah dalam jagaan kedua ibubapa mereka iaitu Pak Mail dan Mak Kiah di kampung.

Habibah atau panggilan manjanya di kampung adalah Bibah. Bibah ditinggalkan dalam jagaan Pak Mail dan Mak Kiah ketika berusia 5 tahun lagi. Dan, setelah 4 tahun menghabiskan pengajian, Daud dan Jamilah kembali semula ke Malaysia.

Daud dan Jamilah memberitahu Pak Mail dan Mak Kiah yang mereka mahu mengambil Bibah semula untuk dijaga oleh mereka. Pak Mail dan Mak Kiah tidak menghalang dan mengizinkan Bibah dibawa pulang oleh Daud dan Jamilah.

Lakonan Puteri Balqish, Fahrin Ahmad, Elly Mazlien. Skrip Mohd Shahremy Ikmal, arahan Shuhaimi Lua dan terbitan Zeel Production.

Telemovie Bibah Bebel bersiaran pada 8 Ogos 2016 di slot Skrin di 9, TV9, saluran 119.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar