Bagi peluang dan saya sedia dikritik

Bomba

"Sebenarnya saya sudah bersedia untuk dikritik sebaik saja ditawarkan untuk menjayakan drama bersiri 16 episod ini. Lumrah kehidupan, dalam pada ada yang meminati, tidak lupa ada juga yang tidak menyukai kita.

Penyanyi, Amira Othman, 23, bersedia menerima kritikan sebaik saja ditawar melakonkan watak utama dalam drama bersiri Abang Bomba I Love You. Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF) 2013 itu berkata, beliau akan menerima segala komen dan teguran diberikan peminat selagi ia tidak menyentuh keluarga selain menjadikannya sebagai rujukan untuk memperbaiki diri.

"Oleh itu saya menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk menjadi lebih baik. Asalkan kata-kata yang dilemparkan tidak menyentuh keluarga, saya menerimanya dengan hati terbuka. Sebagai orang baharu dalam lakonan, tentunya masih banyak perkara perlu diperbaiki.

"Selain barisan pelakon banyak memberikan tunjuk ajar, pihak produksi juga menyelaraskan babak bersesuaian dengan imej saya yang bertudung," katanya kepada BH Online. Abang Bomba I Love You turut membariskan pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Rosnah Johari, Kaza dan ramai lagi.

Sementara itu, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman menegaskan keutamaan tetap diberikan kepada bidang nyanyian. Beliau baharu saja melancarkan single kedua berjudul Jaga-Jaga yang turut menjadi runut bunyi drama lakonannya.

"Saya tidak akan mengabaikan bidang nyanyian biarpun sudah mengintai peluang sebagai pelakon. "Jadual kerja yang padat pula menyebabkan saya tidak sempat untuk mempromosikan lagu Jaga-Jaga, namun bersyukur ia digunakan sebagai runut bunyi drama ini," kata Amira. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar