Cerekarama Aku dan Adik lakonan Liyana Jasmay


Telefilem Aku dan Adik ini bakal bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada 10 September 2016. Sinopsis ringkas, sejak kecil lagi, Hanif harus melakukan segalanya dan Ira ditatang bagai minyak yang penuh. Semuanya berubah, Hanif mendapat keputusan yang cemerlang dan Ira pulang dengan sebuah berita buruk.

Video ADAdik

Pelakon, Liyana Jasmay, Afieq Shazwan, Shahrul Nizam, Adam Lee, Fazlina Ahmad Daud. Terbitan Mermaid Studios Sdn Bhd dan diarahkan oleh Khir Rahman.

Sinopsis update. Eira, cuma ada seorang adik lelaki iaitu hanif dan usianya tiga tahun lebih muda daripada Eira. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, Eira ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil mereka berdua. Ayah meminta Eira dan Hanif berdiri di tepi dinding. Eira menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. Ayah bertanya siapa yang mengambil duitnya.

Eira langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-duanya membisu, cuma tunduk memandang lantai. Ayah bertanya lagi, siapa yang mengambil duitnya sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang Eira.

Tiba-tiba, Hanif menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil mengaku dia yang mengambil duit ayah. Belum sempat Hanif menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuhnya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar