Cerekarama Tangisan Izara lakonan Raja Afiq dan Janna Nick

Raja Afiq Janna

Telefilem Tangisan Izara akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3 pada 3 Disember ini, jam 9 malam. Dibintangi pelakon popular Raja Aiq, Janna Nick, Puteri Balqis dan ramai lagi. Diarahkan oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah.

Video TIzara

Sinopsis telefilem, mengisahkan seorang eksekutif bernama Haikal (lakonan Raja Afiq) dan isterinya Raihana (Janna Nick) yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta. Pasangan muda itu mula berkenalan ketika mereka berdua mendapatkan rawatan terhadap penyakit mereka di hospital sama. Haikal mengalami masalah jantung manakala Raihana pula menghidap barah.

Daripada pertemuan biasa yang pada mulanya berkongsi rasa mengenai penyakit yang mereka hadapi, kemudian timbul rasa cinta. Mereka berdua amat serasi kerana Haikal dan Raihana yatim piatu.

Selepas tiga bulan terjalin persahabatan, Haikal melamar Raihana untuk menjadi isteri. Raihana cuba menolak cinta Haikal kerana dia tidak mahu lelaki itu turut menanggung penderitaannya.

Pada masa sama, Haikal sangat memerlukan sokongan Raihana untuk menghadapi penyakit yang dideritainya lalu mereka berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Izara (Puteri Balqis). Ketika mereka keluar bekerja, Izara dijaga pengasuhnya, Mak Dah (Ku Fridah).

Nantikan telefilem Tangisan Izara yang bakal keudara pada 3 Disember 2016 di TV3.

+ comments + 1 comments

3 Oktober 2016 2:50 PG

Ni story base on novel Tercipta Untukku ke? At the end both died.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar