Drama Di Kayangan lakonan Adi Putra dan Anis Al Idrus


Dalam perkembangan lain, Anis berkata, dia bakal mengacarakan sebuah program sempena sambutan Maal Hijrah pada 2 Oktober ini.

Rakaman program berjudul Satu itu bakal disiarkan di TV1. Selain itu, drama terbarunya bergandingan dengan Adi Putra berjudul Di Kayangan bakal ditayangkan tidak lama lagi di TV2.

Sepanjang empat bulan melayari alam percintaan, penyanyi dan pelakon Anis Al-Idrus mengakui hubu­ngannya dengan pendatang baru, Raja Afiq tidak mempunyai sebarang masalah, malah semakin bahagia melayari kehidupan sebagai pasangan kekasih.

Bagi pemilik nama sebenar Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus ini, dakwaan mengatakan hubungannya dengan hero drama Sayangku Kapten Mukhriz sudah berakhir seperti disebarkan pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini fitnah semata-mata.

Katanya, dia pelik dan terkejut apabila gosip hubungan cintanya dengan pelakon kacak itu dilaporkan berakhir sedangkan mereka bahagia menyulam cinta.

“Cerita putus cinta adalah tidak benar. Itu semua fitnah. Saya difahamkan gosip ini timbul apabila ada pihak menulis cerita kami di sebuah blog yang tidak diiktiraf. Ia sengaja digembar-gemburkan sedangkan hubungan kami baik-baik saja.

“Terus terang, sepanjang bercinta dengan Afiq kami tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Kami bahagia kerana faham dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Memandangkan kami dalam satu bidang yang sama, jadi saya faham dengan kerja yang sedang dilakukannya. Tambahan pula, kehadirannya sebagai pelakon baru semakin diterima ramai jadi tidak timbul soal cemburu atau mahu menyekat dia bergandingan dengan pelakon wanita lain,” katanya.

Menurut Anis, berita mengenai pengakhiran hubungan cintanya yang tersebar di Internet itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada diri mereka.

“Walaupun kami berdua tahu cerita yang tersebar itu tidak benar, apabila ia keluar di Internet ramai saudara- mara dan ahli keluarga menghubungi bertanyakan mengenainya.

“Jadi saya berharap janganlah menulis cerita yang tidak benar sesuka hati. Siasat sesuatu perkara itu sebelum mengeluarkan di blog atau di mana sekali pun,” katanya.

Bagaimanapun, Anis enggan menuduh mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

Katanya, dia tidak akan mudah melatah atau marah kerana pernah melalui pengalaman gosip yang sama suatu ketika dahulu.

“Bagi saya, marah bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Gosip seperti ini pernah saya lalui sebelum ini. Lagipun, saya sendiri faham lumrah sebagai artis sering menjadi perhatian orang,” katanya.

Biarpun masing-masing begitu sibuk dengan jadual kerja, Anis memberitahu mereka sering berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya akui jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Bagaimanapun, kami tidak akan pernah lupa untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar