Gambar Majlis Pernikahan Nazim dan Bella

Nazim Bella

Berlangsung dalam suasana sederhana, majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media. Mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini Creation, majlis akad nikah dikendalikan Pegawai Agama Istana Negeri Sabah merangkap jurunikah, Imbran Angun.

Pasangan pelakon, Nazim Othman dan Bella Dally sah bergelar suami isteri selepas selamat diijabkabulkan jam 9.53 pagi tadi di Hotel Promanade, di sini. Dengan sekali lafaz, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 25, sah bergelar suri hati Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 32.

Pasangan mempelai juga saling memberi dan berbalas hantaran iaitu tujuh daripada pihak Nazim, manakala sembilan daripada Bella, antaranya cincin pernikahan, senaskah al-Quran, sejadah dan set mandian. Bella turut menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Pasangan raja sehari itu dijadual melangsungkan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan pada tengah hari ini. Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru. Nazim dan Bella mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu selepas berkawan rapat sejak tahun 2013. - BHarian




Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar