Jalan Jalan Makan Angin (JJMA) hos Anas Ridzuan dan Nadzmi Adhwa

Anas Nadzmi

Jalan Jalan Makan Angin (JJMA) terbitan oleh Primeworks Studios akan mula disiarkan pada 2 Oktober 2016, setiap hari Ahad, pukul 11.30 pagi selama 13 episod. Ikuti penjelajahan kedua-dua pengacara ini menerokai tempat penginapan yang unik dan destinasi percutian tersembunyi untuk berkongsi ciri-ciri kebudayaan masyarakat setempat, aktiviti riadah menarik dan makanan yang sinonim dengan tempat tersebut.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Ketika anda merancang untuk bercuti, perkara pertama yang difikirkan tentulah tempat untuk menginap. Bagi dua jejaka berambut afro ini, Anas Ridzuan dan Nadzmi Adhwa, tempat penginapan yang unik dan tersembunyi di Malaysia yang akan diterokai menerusi program travelog terbaharu, Jalan Jalan Makan Angin (JJMA) di TV3.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Rancangan Jalan Jalan Makan Angin ini memberikan informasi tentang-tentang tempat penginapan unik yang terdapat di Malaysia. Negara kita masih banyak tempat menarik yang perlu dipelopori dari segi pemandangan, penginapan, tempat peranginan yang unik dan tersembunyi yang jarang didengariserta aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan ketika berada di negeri yang dikunjungi. Keunikan cara penyampaian kedua-dua pengacara ini juga turut memberi kesan kepada penonton yang menonton rancangan ini sehingga terpanggil untuk pergi bercuti.”

Rancangan menarik ini akan membawa penonton menjelajah ke 11 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang.

Antara penginapan menarik yang dilawati adalah Houseboat di Belum Rainforest Resort iaitu menginap di dalam sebuah bot berbentuk rumah yang mempunyai beberapa bilik dilengkapi dengan katil, ruang tamu dan aktiviti memancing.

Kepada mereka yang meminati aktivitri lasak, JJMA turut menampilkan tempat-tempat menarik seperti di Escape Theme Park yang terletak di Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti berbentuk ekstrem dan unik disediakan buat pengunjung seperti Flying Lemur, Kite Flyer, Tubby Racer, Gecko Tower, Foxy Burrow, Balance Beam dan banyak lagi.

Manakala di Langkawi pula, penonton akan dibawa ke SkyCab, SkyBridge dan menangkap haiwan unik iaitu bronok. Di sini, kedua-dua pengacara diberi tugasan untuk menangkap bronok yang seakan-akan seperti gamat dan belajar daripada orang tempatan untuk menghidangnya sebagai salah satu daripada lauk bagi makan tengah hari.

Saksikan gelagat lucu Anas Ridzuan dan Nadzmi Adhwa dalam Jalan Jalan Makan Angin pada setiap hari Ahad pada jam 11.30 pagi bermula 2 Oktober 2016 hanya di TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar