Remy berlakon dalam filem Pulang


Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimie Ishak, 34, memberitahu BHarian dia sedang mengkaji watak nelayan yang ditawarkan kepadanya itu.

Pelakon Remy Ishak teruja melakonkan watak nelayan dalam filem baharu berjudul Pulang karya pengarah, Khabir Bhatia. Bakal memulakan penggambaran pada pertengahan bulan ini, filem terbabit diadaptasikan daripada kisah benar pada tahun 1939.

"Idea asal filem Pulang ini diberi Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar di mana ia diadaptasikan daripada kisah benar. "Saya diberi amanah untuk menjayakan watak nelayan yang mahu meningkatkan taraf hidup selepas mendirikan rumah tangga.

"Sehubungan itu, saya banyak menjalankan kajian dengan bertanya kepada bapa saudara saya yang mencari rezeki sebagai nelayan," katanya yang berada di Klang untuk membuat persediaan sebelum penggambaran bermula. Selain Remy, filem yang dijangka membabitkan kos besar itu turut menampilkan Puteri Aishah, Azrel Ismail, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar