Sukan Tak Sentral TV9, Ammar Marsha Mark Adam


Menerusi rancangan Sukan Tak Sentral di TV9 bakal memperkenalkan sebuah rancangan hiburan komedi dimana penonton boleh menyaksikan parodi laporan dan terkini sukan. Rancangan ini bakal disiarkan selama setengah jam pada setiap hari Rabu, bermula 14 September 2016, pada pukul 10.30 malam.

Sukan Tak Sentral akan digamatkan lagi dengan tiga pengacara lucu iaitu Ammar, Marsha Milan dan Mark Adam. Antara segmen utama yang pasti mencuit hati penonton ialah “Segmen Video-video Viral” dan “Segmen Liputan di Lokasi”.

Pengacara

Di dalam segmen “Segmen Video-video Viral”, Mark Adam akan memberi ulasannya terhadap “Top 5” video-video viral yang telah dipilih pada episod tersebut. Manakala, bagi “Segmen Liputan di Lokasi”, Achey dan Syuk akan membuat liputan secara langsung bagi acara-acara sukan selaku wartawan sukan (sports reporter).

Rancangan ini menjadi lebih lucu dengan kemunculan kumpulan pelawak jemputan, setiap minggu seperti Tapaw BMB, Chilok BMB dan Puteh. Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Zurina Othman, “Kemunculan Sukan Tak Sentral ini adalah lain daripada rancangan komedi yang ada, di mana ianya lebih fokus kepada parodi berita sukan di dalam mahupun luar negara.

Kemunculan kumpulan pelawak pada setiap minggu pasti akan memeriahkan lagi rancangan ini. Saya pasti Sukan Tak Sentral akan menghiburkan hati para penonton kami.”

Saksikan gelagat-gelagat lucu para pengacara dan pelawak-pelawak kegemaran anda dalam Sukan Tak Sentral yang akan ditayangkan pada setiap hari Rabu pada jam 10.30 malam bermula 14 September 2016 di TV9.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar