Telefilem Anak lakonan Fizz Fairuz dan Mia Ahmad

Fiz Mia

Ramai yang bertanyakan telemovie Anak di TV2 semalam. Nah guys den dah dapat info dan video. Gagal hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga sering merisaukan pasangan suami isteri. Ramai cuba berubat dengan cara moden namun masih tidak berjaya. Situasi ini membuatkan pasangan tersebut mula buntu dan putus harap. Namun sebenarnya pelbagai alternatif boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Video Anak

Hakikatnya mereka janganlah sampai ke tahap berputus asa dan teruslah berusaha. Jika tidak berjaya dengan kaedah moden, beralihlah ke cara tradisional. Yang pentingnya kesungguhan dan keyakinan selain daripada berdoa minta keizinan Allah SWT.

Mengutarakan masalah sepasang suami isteri untuk mendapatkan seorang anak dengan kaedah sains, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi dengan penonton setia salurannya sebuah telemovie bertajuk “Anak” yang pastinya bakal memberikan inspirasi kepada pasangan yang mengalami masalah sama untuk berdepan menangani permasalahan ini.

Menampilkan gandingan pelakon berpengalaman Fizz Fairuz, Mia Ahmad, Faezah Elai, Sheila Mambo, dan Dato' Tamimi Siregar, telemovie mengisi slot popular Citra di TV2 ini menemui penonton pada 6 September ini, pukul 10.00 malam.

Sama-sama ikuti perjalanan kisah sepasang suami isteri, Liya dan Arman yang masih lagi belum dikurniakan zuriat meskipun setelah tujuh tahun berkahwin. Keadaan ini dipandang negatif oleh saudara mara dan Haji Amir, bapa Arman.

Situasi bertambah tegang apabila bapa Arman sering mendesak dan memaksa anaknya berkahwin lagi supaya mendapat seorang cucu. Liya sedih dengan tindakan bapa mentuanya itu namun pada masa sama dia tidak berupaya untuk membantah.

Mereka menjalani rawatan dan Arman didapati tidak beberapa subur selepas mereka membuat pemeriksaan perubatan. Pilihan mereka hanya dengan kaedah IVF atau persenyawaan secara sains untuk mendapatkan anak.

Haji Amir yang tidak percaya kepada kaedah sains dan terus membantah cadangan itu. Dia beranggapan tindakan anak dan menantunya itu hanya sia-sia dan tidak berkesan. Namun akhirnya Liya dan Amir berjaya melahirkan anak melalui kaedah IVF dan Haji Amir terkejut menerima perkhabaran tersebut. Adakah kehadiran si kecil berjaya mengubah pendirian Haji Amir? Ikuti kesudahannya di TV2.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar