Telefilem Salam Cinta Ustazah Husna lakonan Jihan Muse

Ustazah Jihan

Jihan berkata, dirinya terkejut apabila pengarah prolifik, Osman Ali menawarkan peluang untuk membawa watak sebagai ustazah menerusi telefilem Salam Cinta Ustazah Husna yang menjalani penggambaran, baru-baru ini.

Video SCUstazahHusna


Pelawak dan pengacara, Jihan Muse tidak menduga bakat lakonannya masih mendapat kepercayaan yang memberinya peluang membawa watak serius kerana sudah terlalu sinonim dengan peranan komedi sepanjang tujuh tahun menjadi anak seni.

"Saya tidak sangka menerima daripada abang Osman menerusi WhatsApp menawarkan saya berlakon. Osman Ali, siapa yang tidak mahu berlakon di bawah arahannya? Selepas menerima skrip, jantung saya semakin berdebar apatah lagi telefilem ini akan menemui penonton menerusi Astro Oasis.

"Lebih membuatkan saya terkejut apabila diberikan watak Ustazah Husna. Mungkin ramai yang sudah dapat menduga apa yang bermain di fikiran saya ketika itu. Perasaan saya bercampur-baur, terutama apabila digandingkan dengan pelakon yang menjadi pujaan ramai gadis iaitu Aiman Hakim Ridza.

"Saya mengakui berdepan cabaran apabila perlu melakonkan babak romantik ketika penggambaran yang berlangsung di Pulau Tioman. Semua itu memberi pengalaman yang menguji saya sebagai pelakon," katanya.

Jihan bagaimanapun bersyukur kerana dikelilingi pelakon dan kru terutama Osman yang banyak membantu membentuk lakonannya sebagai ustazah. Sokongan mereka memudahkan Jihan untuk menghayati watak yang dilakonkan, meskipun pada masa sama, dirinya berdebar menanti reaksi penonton.

"Peluang seperti ini jarang berlaku dalam perjalanan karier saya. Tidak dinafikan, saya kekok terutama apabila diminta melakonkan babak romantis. Lebih memberikan cabaran, saya kurang sihat sepanjang penggambaran berlangsung.

"Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan yang mengambil berat, malah menyediakan pelbagai ubatan yang diperlukan supaya saya kembali cergas. Mereka banyak membantu membuatkan saya begitu gembira sepanjang menjalani penggambaran ini," katanya.

Telefilem Salam Cinta Ustazah Husna akan ditayangkan pada 17 September 2016 ini pukul 9 malam di Astro Oasis dan Maya HD.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar