Telemovie Cinta 3 Rasa lakonan Ben Amir dan Mia Ahmad

Ben Amir Mia Ahmad

Telefilem Cinta 3 Rasa bersiaran di Slot Skrin di 9 (TV9) pada 19 September 2016. Lakonan Ben Amir, Niena Baharun, Mia Ahmad, Jessica Kueh, Lia Natalia. Terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd dan diarahkan oleh Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Video C3Rasa

Sinopsis, mengisahkan tentang 3 orang gadis Melayu, Sabah dan Sarawak yang bercita-cita ingin menjadi isteri kepada seorang CEO yang bujang terlajak. Jejaka itu amat cerewet bab makanan dan hanya ingin yang terbaik mengikut selera tekaknya.

Mereka bertiga mula bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai juadah mengikut etnik masing-masing demi memenuhi selera jejaka tersebut. Pengakhirannya, jejaka itu memilih seorang gadis kampung yang menawan seleranya dengan masakan berasaskan budu.

Gadis bertiga itu mula sedar diri bahawa mereka bukanlah pilihan jejaka tersebut kerana mereka berniat untuk menjadi isteri orang kaya tetapi bukan ikhlas untuk menawan hati jejaka tersebut.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar