Tidak mahu kontroversi lagi


Nina berkata, dia juga puas kerana drama bersiri lakonannya Terlarang Sudah Rinduku yang kini bersiaran di Slot Azalea TV3 bermula 7 September lalu juga mendapat mendapat sambutan positif daripada penonton.

Dalam drama bersiri 20 episod arahan Ismail Yaakob itu, Nina bergandingan dengan Atikah Suhaime dan Amar Asyraf selaku teraju utamanya.

Watak Erin lakonannya dalam drama bersiri itu turut memberi impak mendalam pada penonton.

Enggan lagi dikaitkan dengan kontroversi, pelakon jelita Nina Iskandar mengakui fokusnya kini untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

Menurut pelakon kelahiran Brunei Darussalam ini, dia juga tidak mahu diri dikenali kerana kontroversi dan bukan bakat lakonannya.

“Saya sanggup berjauhan dengan keluarga di Brunei semata-mata untuk mencari rezeki di negara ini. Justeru, saya sangat berharap peminat di sini akan menilai diri saya menerusi bakat lakonan ditonjolkan,” katanya.

“Erin adalah seorang penyabar dan lembut hati. Dia juga sahabat baik Nina (lakonan Atikah) yang rela dimadukan dan tidak pernah menyimpan dendam.

“Watak Erin juga berat dan mencabar lakonan kerana dia banyak makan hati dan berendam dengan main air mata,” katanya.

Nina berkata, dia juga bersyukur kerana lakonannya turut mendapat perhatian daripada peminat.

“Ramai peminat yang memuji lakonan saya dalam drama bersiri itu dan memberi maklum balas di laman sosial Instagram dan Twitter,” katanya.

Selain drama bersiri itu, Nina juga baru selesai penggambaran Telemovie 13 Tiang Cinta bergandingan dengan Shah Iskandar dan Beto Kusyairy.

Watak psiko dalam filem genre seram thriller Hospital turut mencabar lakonan Nina di layar perak.

Dalam filem arahan Azaromi Ghazali itu, dia melakonkan watak Dahlia, jururawat yang tidak kurang menariknya.

“Bukan mudah untuk melakonkan watak psiko kerana banyak bermain dengan ekspresi mata. Ia turut membabitkan babak lagak ngeri dan penggambaran juga sudah selesai pada Aidilfitri lalu.

“Buat masa ini, filem ini masih menunggu pos produksi dan tarikh tayangannya di pawagam tanah air,” katanya.

Filem Hospital turut dibintangi barisan pelakon seperti Shima Anuar, Fizz Fairuz dan Fatin Afifah.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar