Cerekarama Ketika Daun Berzikir lakonan Zamarul Hisham dan Nazeera Sardi

Cerekarama

Sabtu ini Cerekerama TV3 membawakan telefilem bertajuk Ketika Daun Berzikir. Terbitan Enuja Production Sdn Bhd dan arahan pengarah Murali Abdullah. Pelakon yang membintangi seperti Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

Video KDBerzikir

Sinopsis telefilem, Muzir kecewa terhadap anak-anaknya, Farid & Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika arwah isterinya meninggal dunia. Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah melihat mereka leka dengan duniawi. Muzir juga membeli beberapa barangan ibadah kerana keperluan ibadah di rumah Farid dan Asyraf serba tidak lengkap. Berkat usaha dan dia Muzir untuk membentuk anak-anaknya membuatkan mereka mula berubah. Muzir pulang ke kampung untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.

Saksikan nanti pada 8 Oktober di slot cerekarama, Ketika Daun Berzikir, 9 malam di TV3.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar