Drama Amsyar lakonan Ben Laden

Amsyar Azalea

Sinopsis penuh, Amsyar merupakan anak tunggal kepada Farid dan Arfah. Selepas pemergian ibu bapanya, tidak ada orang yang hendak menjaga dan mengurusnya. Apatah lagi, Amsyar seorang kanak-kanak yang masih muda dan masih bersekolah. Kini, dia sudah hilang tempat untuk berkasih sayang.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Lebih menyedihkan lagi, tidak ada pula yang hendak menerimanya termasuklah ahli keluarganya sendiri. Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudara atau ibu saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar.

Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memukulnya semahu hati. Lain pula dengan Shahrul yang merupakan Pak Ngah kepada Amsyar. Shahrul sangat baik hati dan prihatin terhadap Amsyar.

Shahrul sangat kasihan melihat keadaan anak saudaranya yang tidak diperdulikan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain. Tetapi, isteri Shahrul, Lia langsung tidak menyukainya dan menganggap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.

Amsyar lebih rela menetap di Teratak Kasih iaitu rumah anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya kerana tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya. Malangnya, rumah tersebut tidak dapat menerima penghuni baharu buat ketika itu.

Jadi, terpaksalah Amsyar berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya dan hidup dengan penuh tekanan. Amsyar juga pernah jatuh sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Apakah yang terjadi kepada Amsyar selepas ini? Bilakah kisah sedihnya akan berakhir?



Azhar (pakcik Amsyar) bekerja sebagai pemandu teksi. Isterinya pula suri rumah tangga yang selalu membebel. Sehinggalah tragedi hitam itu turut merubah kehidupan keluarga Azhar dan Mariah. Merekalah yang bakal mendera dan membuli Amsyar dengan kejam.


Sharul (pakcik Amsyar) bahagia dengan kehidupannya meskipun memiliki isteri Lia yg boros, suka berbelanja dan selalu kekwat. Fariz anak mereka juga kadang kala nakal. Namun begitu sebuah tragedi hitam terjadi. Dan merubah seluruh keluarga mereka. Sharul bertekad menjaga dan melindungi anak saudaranya, Amsyar namun Lia selalu melayan buruk. Sharul terus mempertahankan Amsyar dalam apa jua keadaan.

Lakonan Ben Laden, Redza Rosli, Elly Mazlien, Kairul Nizam, Faralyna Idris, Hairi Safwan, Wina Azlan, Juedian Omar. Terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Nantikan drama Amsyar yang bersiaran 20 episod bermula pada 27 Oktober ini setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar